Saturday, December 6, 2008

Ulaman dan Khasiat semula jadi

PENGENALAN

Sesungguhnya kita amat bertuah sekali kerana mempunyai pelbagai jenis tumbuhan yang bukan sahaja sedap dimakan tetapi juga memilikki khasiat semulajadi yang baik untuk kesihatan tuduh badan. Ada di antara tumbuhan-tumbuhan itu telahpun menjadi amalan pemakanan kita dalam seharian dan ada juga yang kita tidak ketahui khasiatnya serta jarang sekali dirtemui terutama oleh masyarakat bandar pada masa kini. Jeteru itu, marilah kita bersama-sama menijau dan seterusnya mengetahui khasiat di sebalik tumbuhan tersebut.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
ULAM RAJA

Merupakan tumbuhan liar yang mudah didapati di negara ini, walaupun sebenarnya tumbuhan ini berasal dari Amerika Latin. Ulam raja merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah. Berbasarkan kajian tempatan, ia mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan laksium dan vitamin A. Di dalam rawatan tradisional pula, ulam raja digunakan sebagai agen pencuci darah dan untuk menguatkan tulang.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
BENDI

Bendi juga merupakan sayuran tempatan yang banyak ditanam di negara-negara beriklim panas lembap. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, bendi mengandungi sebanyak 2 peratus protein, 7 peratus karbohidrat dan 1 peratus serat. Selain itu, bendi juga kaya dengan zat galian dan juga vitamin terutamanya kalsium. Bendi juga elok untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan sebagai perangsang membuang air kecil, berkesan untuk merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
JERING

Jering sememangnya tumbuhan asli di negara ini. Daripada kajian yang telah dilakukan didapati jering mengandungi sebanyak 3.5 peratus protein, 0.1 peratus lemak, 1.7 peratus karbohidrat, banyak mengandungi kalsium, fosforus, besi, vitamin A, B dan C. Mungkin ramai orang tidak gemar memakan jering terutamanya generasi muda kerana rasanya yang pahit dan berbau. Tetapi bagi sesetengah orang pula rasanya sungguh enak terutama sekali apabila dimakn bersama sos ataupun kelapa parut bergula. Biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi pesakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
PETAI

Petai juga tumbuhan asli negara ini yang masih lagi tumbuh liar di hutan. Berdasarkan kajian, buah petai berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan niasin. Sebenarnya kandungan nutrisi biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Ini kerana petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat merupakan petai yang tidak elok serta kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit hati, buah pinggan, kencing manis dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
PISANG

Pisang merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara pada mulanya tetapi kini ianya telah dikomersialkan. Sebenarnya seluruh pokok pisang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Menurut kajian tempatan yang dilakukan, jantung pisang mengandungi 1.2 peratus protein, 0.3 peratus lemak,7.1 peratus karbohidrat, mengandungi banyak fosforus dan sedikit zat besi. Namun ada juga yang berpendapat jantung pisang elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limpa.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
TERONG PIPIT

Terong pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya adalah Antilles. Terong pipit biasanya dimakan mentah ataupun dicelur dijadikan ulam. Selain itu, sambal tumis terong pipit dengan ikan bilis merupakan lauk kegemaran masyarakat tempatan di negar ini. Daripada kajian, didapati terong pipit mengandungi 2 peratus protein, 0.1 peratus lemak, 7.01 peratus karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C serta sedikit vitamin B1. Menariknya terong pipit juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang di kenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84 peratus. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya dalam menghasilkan pil perancang keluarga. Selain buahnya yang mengandungi banyak khasiat, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
PEGAGA

Tahukah anda bahawa pegaga telah diiktiraf  oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanank ? Masyarakat Cina menamakannya dengan Cheng Chow Sui manakala orang India pula memanggilnya valearai dan gotu kola. Nama-nama ini telah tercatat dalam manuskrip Ayur vedia di India ledih 4000 tahun lalu dan shennong Herbal di China sejak 2000 tahun lalu. Masyarakat menggunakannya untuk menyembuhkan penyakit kulit seperti kusta, kudis, ulser dan luka-luka. Masyarakat cina pula bergantung kepada pengaga untuk mengubati gangguan emosi seperti tekanan perasaan yang disebabkan oleh masalah fizikal. Ia adalah herba serbaguna untuk mengubati sistem saraf serta meredakan tekanan perasaan. Berdasarkan kajian, sebagai makanan menjana kecerdasan otak, herda ini amat mujarab untuk memperbaikki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran. Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah dan menghasilkan kulit yang sihat. Amalan meminum jus pegaga membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerangsangan kulit serta tekanan darah tinggi. Pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukkan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukkan rambut dan kuku. Selain dimakan, pegaga yang telah dihancurkan boleh ditampal di atas kulit bagi menghilangkan gatal-gatal dan luka.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
PERIA

Peria atau dikenali juga sebagai kambas (Momordica charantia) sayur hijau seakan timun, merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden. Berasal dari selatan China, peria yang dikenali sebagai “ku gua” telah lama digunakan sebagai salah satu herba dalam perubatan tradisional China. Air rebusan peria digunakan oleh pakar perubatan China untuk merawat penyakit asthma dan haid yang terlewat. Selain itu, air rebusan ini juga digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang.

Kini penggunaan peria semakin meluas di Asia Tenggara, Australia dan Amerika Syarikat. Peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS. Biarpun setakat ini, belum ada kajian  secara sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut, terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa tumbuhan pahit tersebut boleh membantu menghentikan dan ada kalanya membaikkan penyakit tersebut daripada merebak. Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Selain itu, peria juga didapati berguna untuk merawat ataupun mampu mengurangkan penyakit-penyakit sampingan yang mempunyai kaitan dengan jangkitan HIV seperti arthritis dan “opportunistic infections” misalnya herpes kemaluan, tuberkolosis dan beberapa jenis penyakit kulit yang menyerang lantaran lemahnya sistem imunisasi tubuh. Protein-protein lain yang diasingkan daripada tumbuhan jenis memanjat ini juga didapati boleh membabtu menggurangkan berlakunya keguguran dan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Manakala para saintis mengesahkan bahawa protein daripada peria ini mempunyai sifat-sifat anti-virus.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
LOBAK/CARROT

Lobak putih dan merah amat mujarab untuk menyembuhksn penyakit buasir. Mereka yang menderita akibat penyakit berkenaan dinasihatkan meminum jus lobak setiap hari. Amalan meminum jus atau memakan lobak segar setiap hari akan melawaskan pembuangan air kecil dan besar. Bagaimanapun untuk mengekalkan khasiat yang ada, adalah dinasihatkan supaya memakannya secara mentah kerana memasaknya akan memusnahkan semua vitamin yang ada di dalamnya. Selain vitamin, lobak juga kaya dengan zat besi, kalsium dan natrium. Malahan daun lobak yang digunakan dalam masakan seperti salad, mempunyai banyak kalsium, fosforus, vitamin C serta protein yang tinggi berbanding isinya. Daun lobak yang dibuat jus, sangat baik untuk memecahkan batu karang dalam pundi hempedu. Pesakit dinasihatkan meminumnya sehingga sembuh. Sementara itu, jus daun lobak yang dijadikan sirap cukup baik untuk mengubati suara serak, batuk, dan sakit dada. Cara membuatnya amat mudah, campurkan satu sudu kecil jus daun lobak bersama madu dan dalam kuantiti yang sama serta sedikit garam kasar. Amalkan meminumnya setiap pagi dan malam selama seminggu.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
KELAPA SAWIT

Buah kelapa sawit mampu menghasilkan minyak kelapa sawit yang kaya dengan dua jenis antioksidan atau vitamin E yang terdiri daripada tokoferol dan tokotrienol telah dibuktikan berkesan untuk memberikan perlindungan daripada kanser hepar (kanser hati).  Berdasarkan kajian, minyak sawit juga mampu melegakan pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, pembentukan katarak dan mengurangkan penuaan. Sifat vitamin E pada minyak kelapa sawit adalah mikro nutrien anti-oksida yang mempunyai sifat perlindungan kanser daripada nutrien. Kandungan vitamin E ini, mampu melindungi sel daripada oksigen reaktif bebas dan seterusnya mengurangkan kesan kerosakan akibat daripada proses pengoksidaan. Bagaimanapun, pengambilan vitamin E ini, bukan bertujuan sebagai penawar kepada mereka yang telah dijangkiti barah hati, tetapi sekurang-kurangnya mampu membantu si pesakit lebih berfungsi. Sebaliknya ia sangat baik diambil oleh sesiapa sahaja kerana kajian mendapati ia baik untuk pencegahan.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
TOMATO

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh seorang penyelidik di Universiti Harvard, lelaki yang memakan sekurang-kurangnya 10 hidangan berasaskan tomato seminggu berkemungkinan besar tidak akan diserang kanser prostat. Ini kerana sebatian lycopene yang terkandung secara semula jadi dalam tomato mempengaruhi kebarangkalian dihidapi kanser. Didapati seorang perokok mempunyai lycopene yang terendah dan mempunyai risiko tiga kali lebih tinggi diserang kanser berbanding mereka yang mempunyai tahap lycopene yang tinggi dalam darah.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
BUAH PALA

Buah pala atau nama saintifiknya Myristica fragrans merupakan spesies yang terpenting dalam famili Myristicaceae. Buah pala yang lebih kecil digunakan sebagai rempah, perasa dan ubat-ubatan. Ianya dipercayai berasal dari kepulauan Maluku (jajahan Indonesia). Dari segi zat pemakanannya, buah pala segar mempunyai 7.4g protein, 36.4g lemak, 38.3g karbohidrat, 24mg kalsium, 12mg fosforus dan 79mg kalium serta beberapa sebatian kimia yang lain. Selain daripada kulitnya, semua bahagian buah pala mempunyai kegunaan yang tersendiri walaupun kelat untuk dimakan, tetapi amat baik untuk dijadikan halwa, kandi dan mujarab sebagai minyak urut untuk memberikan kelegaan.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
BELINJAU


Belinjau tergolong dalam famili Gnetaceae dan dianggap primitif dari segi botani kerana ia tergolong dalam kelas Gymnosperma seperti pokok pain. Sebagai tumbuhan primitif, pokok belinjau turut menghasilkan dua jenis jambak bunga yang dikenali sebagai kon jantan dan kon betina. Hampir keseluruhan bahagian tanaman belinjau mempunyai kepentingan. Daun muda, bunga dan kulit biji yang tua boleh dimakan sebagai sayur iaitu dipercayai ianya baik untuk kesihatan kulit dan mata. Manakala berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh ahli sains, nilai pemakanan bagi setiap 100 gm daun dan biji belinjau memberikan 1000 I.U vitamin A serta zat-zat pemakanan yang lain. Maka tidak hairanlah ianya baik untuk kesihatan kulit serta mata. Selain daripada berkhasiat, kulit batang pokok belinjau yang berserabut boleh menghasilkan sejenis benang yang boleh dijadikan tali pancing dan jala. Batangnya pula boleh dibuat alat perkakas dapur seperti pemarut dan tempat pemotong, bahan bangunan dan peti. Ada laporan yang menyatakan bahagian batang juga boleh diproses menjadi kertas yang berkualiti tinggi. Kini biji atau buah belinjau telah diproses menjadi keropok atau emping untuk dikemorsialkan

KESIMPULAN berkenaan topik -> Ulaman dan Khasiat semula jadi

Tanpa kita ketahui atau sememangnya tahu hampir setiap tumbuhan yang kita miliki di bumi ini mempunyai pelbagai khasiat di dalam pemakanan ataupun perubatan serta kegunaannya. Maka marilah kita sama-sama menghargai setiap tumbuhan yang kita milikki serta berganding bahu untuk memelihara dan memuliharanya. Semoga apa yang kita ada akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini. “ PELIHARALAH HUTAN KITA”