Sunday, October 30, 2011

Serangan Jantung dan Minum Air Suam


Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum


Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan.   Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh   enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.    



Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.    

 Petanda Lazim Serangan Jantung    

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.    

Tuesday, September 20, 2011

Resepi Air Buang Panas - Buah Kembang Semangkuk

:::AIR KEMBANG SEMANGKUK:::
credit to - autromen rina [sumber internet]

sangat senang untuk membuat minuman ini. tidak memerlukan kos dan tenaga yang banyak.apa yang diperlukan adalah:

bahan pertama adalah buah kembang semangkuk.harga nda mahal.boleh dapatkan dengan 
harga RM 1 bagi kuantiti yang sedikit. boleh didapati di kedai2 runcit.
 
 bahan kedua yang diperlukan ada gula batu. gula batu juga tidak mahal dan boleh 
didapati dengan harga yang murah di mana2 kedai runcit berhampiran. 

 dan bahan yang ketiga adalah, air panas. ini lagila percuma.

1. Masukkan biji kembang semangkung ke dalam mug/cawan/gelas/teko/
baldi(sangat rakus anda ini).kuantiti bergantung kepada besar mug anda.

2. kemudian masukkan gula batu.kuantiti jugak bergantung kepada size mug anda.
3.kemudian masukkan air panas.dan biarkan menjadi seperti...
ini... dan..
  
TADAAAA!!!!!
 dan kemudian bolehlah di minum. sebenarnya banyak lagi benda lain yang boleh ditambahkan 
kedalam air buang panas ini. tapi bagi aku ini yang paling simple dan save bajet.

ini pulak gambar buah kembang semamngkuk tadi. menakjubkan kan.dari sebiji buah yang kecik boleh 
jadi begini. benda ni sebenarnya boleh di makan.bentuk fizikalnya seperti jelly2.tiada rasa. tapi bagi 
seorang yang penggeli,mebe dia geli untuk melihat dan menyentuhnya.tapi best oooo...wa cakap lu..
kalau masuk dalam tekak...geli2 gitu.

resipi ni tuk jimatkan budget.. cubalah
 
ps: jika anda ada tips untuk di kongsi sila hantar kepada admin untuk dikongsi