Wednesday, October 29, 2014

Sabah Snake Grass - Healing & Benefits

Alternative treatments and cure for cancer using natural therapies.

HOW it works?
A cancer patient’s blood should be quite acidic and toxic. Cancer cells feed on acidic and toxin from the blood. These are their foods. So, detoxifying the blood block the cancer cells from getting their foods. When there is no food for the cancer cells, the cancer tumor/tumors will shrink or died.

Other healing properties / benefits.
Besides for cancer healing, Sabah Snake Grass also good for: 
LOWERING CHOLESTEROL.
LOWERING HIGH BLOOD PRESSURE.
Detoxifying body 
Good for our kidney.

If it is early stage of kidney failure, by consuming snake grass, it is possible to prevent patient from going for kidney dialysis. 

Kidney failure patients who already gone for dialysis also can consume snake grass. It help to relief them when undergo the dialysis process. There are cases where patients able reduce the amount dialysis from 3 times to 2 times in a week after GETTING APPROVAL from doctor.

How to consume? click HERE

Wednesday, March 6, 2013

FULL MOON-SERI WAJAH



Konsep Terapi Full Moon

Full Moon Seri Wajah merupakan produk yang digunakan bagi tujuan kesihatan secara keseluruhan bagi kesihatan kulit dan keseimbangan sistem kederian dengan menggunakan konsep Aromaterapi serta gabungan teknik Hidroterapi Ais.Ekstrak bunga-bungaan dihasilkan melalui kajian dan adunan semulajadi yang kaya dengan khasiat diproses melalui teknologi makmal dan farmasi moden untuk meningkatkan sistem imun, antibodi, hormon serta sistem kelenjar supaya berkerja dengan cekap.
Ekstrak bunga-bungaan digabunkan dalam satu kombinasi pati bunga yang dirakam dengan gelombang bunyi menghasilkan getaran tenaga berfrekuansi rendah bagi mencapai tahap sifar ( 0 Hz) seterusnya meningkatkan tenaga magnetik sebagai kuasa dalam tubuh (will power) secara semulajadi.Full Moon dapat meningkatkan kadar ion-ion negetif di persekitaran tubuh bagi mengawl pelbagai pencemaran gelombang beradiasi tinggi.Full Moon juga mampu merangsan reseptor (penerimaan) saraf bauan/pernafasan yang terdapat pada hidung bagi mengimbangi kadar oksigen didalam badan
Kelebihan Full Moon;

-Memulihkan  dari gangguan tenaga luaran.
-Mengembalikan seri wajah.
-Menjadikan fikiran,emosi dan perasan lebih terkawal dan
tenang.
-Memulihkan tenaga pelindung dalaman.
-Mengembalikan dan mengekakalkan keceriaan wajah.
-Mengharmonikan kehidupan sekarang.
-Meningkatkan tahap keyakinan
-Melindungi dan memelihara kulit dari pancaran matahari.
-Membersihkan kulit muka dari minyak yang berlebihan.
-Melambatkan proses penuan muka dan kulit.
-Mengimbangi berat badan dengan mengawal hormon DNA
-Melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak.
-Bertindak dengan cepat dan berkesan tanpa sebarang
kesan sampingan.


Teknologi Full Moon

Full Moon merupakan hasil penyelidikan seni sains warna yang menggabungkan secara serentak berbagai teori keelektrikan,kemagnetan,cahaya,bunyi dan gema dalam set persamaan ruang dan masa mutlak.Dirformulasikan menerusi teori molekul dengan rumusan berbagai jenis pati bunga yang mempunyai sifat kerelatifan ikatan kimia didalam suatu entiti neutral yang paling stabil malah hanya bergantung pada fenomena keserasian pemakainya untk mencari tahap keseimbangan.Full Moon mengunakan teknologi foton yang dapat memerangkap cahaya dan menukarnya kepada gema dengan kemampuan menguasai resonans ilusi menjadi nyata.Ini bermakna segala perbuatan sihir juga dapat dileraikan secara harmoni oleh Full Moon  dengan begitu pantas.

Full Moon adalah teknologi pertama didunia yang menggunakan teori refleks luaran seperti nitrogen,oksigen,hidrogen ditemukan semula dengan unsur dalaman tubuh iaitu karbon dioksida bagi mewujudkan getaran yang akhirnya akan menangi pencemaran radiasi disekitar tubuh.FullMoon juga tertakluk pada teknologi masa (gelombang)yang tidak pernah ditakrif oleh mana-mana saintis klasik sebelum ini apatah lagi  (malar).Ia memiliki beribu-ribu gelombang cahaya di dalam rahsia sebernar warna iaitu  gema dan 5,000 kali lebih kecil daripada ukuran panjang gelombang  cahaya Infra merah.Full Moon adalah suci lagi bebas dari unsur  berat yang boleh memudaratkan seperti keracunan.Pati bunga di dalam Full Moon memiliki keunikan sendiri bagi membangkitkan  karekteristik dan nilai kehidupan pemakainya kerana ia dirumus secara gabungan yang berpasangan-pasangan melalui teknologi saringan distilasi bertingkat.


Penggunaan Full Moon
Menurut kajian sains,mandian air sejuk pada waktu subuh ini amat berkesan kerana di waktu ini cahaya ungu dan kebiruan masih berada di atmosfera yang mana cahaya ungu mengandungi rahsia penawar.Cahaya ungu luas penyerakannya berbanding cahaya merah.Ia menyerak ke seluruh tubuh berbanding cahaya merah yang hanya khusus kepada tulang.Mandian pada waktu subuh ini dapat menyembuhkan 90% penyakit.


CARA PERTAMA~SAPUAN PADA WAJAH.
Ttiskan setitik minyak Full Moon ke dalam air yang telah dicampur dengan ais.Tuang sedikit ke tapak tangan,gosokkan kedua-dua belah tangan dan kemudian sapu pada wajah.Ulangi cara ini sekurang-kurangnya3 kali sebelum tidur.Untuk gejala penyakit pagi seperti lesu dan hilang mood,kahak sinus,hidung tersumbat,asma,buang air besar yang kerap,sakit perut,dan lain-lain.

CARA KEDUA~SAPU PADA BAHAGIAN BERMASALAH.
Gunakan ais pada bahagian bermasalah sebelum menitiskan minyak Full Moon dan sapukan bahagian tersebut.Ulangi cara ini sekurang-kurangnya 3 kali setiap 15 minit atau sekerap yang boleh.untuk masalah seperti bengkak,kekejangan,kesakitan,terbakar,kebas,sakit sendi,ruam,gatal,luka,dan lain-lain.


CARA KETIGA~DIGUNAKAN DALAM MANDIAN.
Titiskan setitik minyak Full Moon ke dalam sebekas air yang telah dicampurkan dengan ais.Gunaan  untuk bilasan yang terakhir dalam mandian.Sesuai untuk sakit seperti insomania,migrin,sakit kepala,cepat mengantuk,mudah pitam,cepat marah,pelupa,mudah terperanjat,tekanan fikiran dan lain-lain.

ps: anda boleh beli di kedai yg terletak di Golden Landmark shopping ctr Singapura di tingkat 2, turun di bugis juntion mrt dan jln terus ke goldenlandmark shopping ctr.

Tuesday, March 13, 2012

Ubat - 'Tunjuk Langit'

Bagaimana rupa ubat Tunjuk Langit ni?

Rupa asal Tunjuk langit setelah di kupas 
 
Sebelah kiri warna coklat masih belum di kupat, 
sebelah kanan tu isinya yang telah di kupas


Cara makan Ubat Tunjuk Langit....
Cara nak makan, ambil satu bijik jer untuk makan setiap 2hari,  kopek/kupas kulit ubat ni macam kuaci, lepas tu bleh je selitkan dekat pisang dan makan, atau pecahkan kecik-kecik kemudian telan dan minum air mcm telan panadol tu..ebab ubat ni pahit giler, takboleh nak kunyah 

 
Pengalaman ibumisali mencuba ubat tunjuk langit....
Menurut ibu: 'ibu dah makan ubat tunjuk langit ni, kurang juga sakit-sakit yang ibu alami, mcm sakit badan sakit, sakit sendi, juga tengkuk,  bila makan ubat ni tak sampai 5minit ibu berpeluh macam dia membakar lemak dalam badan, seolah dia membuang toksin dalam badan kita, ibu boleh lihat kalau buang air kecil warna berubah jadi keruh, dan setelah mkn sejak june tahun 2011, hingga kini.. air kencing mula jernih, berat badang dah mula menurun, dua bulan pertama setelah makan ubat ni berat badan ibu lepas beranak dari 96, turun 16kg jumlah berat badan lepas tu 80kg, bulan seterusnya dari 80 turun 72 dalam masa 2bulan setengah mencuba ubat ni, dan sejauh ni tak ada komlikasi dari tubuh bdn alhamdulillah rasa ringan jer, dan ibu tak ada masalah sakit2 yang prnah ibu rasa sebelum ni..'


Nasihat ibu...
bagi yang nak mencuba, boleh jer cuba sikit-sikit dulu, kalau sesuai bolehlah makan dan kalau tak sesuai hentikan saja.


ps: Ubat ni kalau di kunyah pahit gilerr.. 15 minit pun tak hilang pahit tu, jadi ikut macam ibu ajar di atas cara-cara nak makan ubat ni ok,  bleh juga buang toksik dalam badan. tu, kalau dah cuba kasilah komen sikit dekat box comment tu ok.




Tiga  bahan aktif yang utama



1. FLAVONOIDS                                                                                                                                          seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi  keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.


2. SAPONINS                                                                                                                                                  seperti yang terdapat  ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir  yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .


3. BITTER ALKOLOID                                                                                                                                   rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan  virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih  dan menguatkan imuniti badan.


Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

Mengurangkan tahap gula dalam darah
Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
Memperbaiki kelancaran peredaran darah
Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

Fungsi-Fungsi Utama Saponins
Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
Merangsangkan perembesan insulin dari pankreas
Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
Melancarkan sistem saluran pernafasan
Mempertingkatkan kesuburan dan keupayaan seks
Memperbaiki sistem peredaran darah
Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
Mengelakkan kemabukan dan keracunan
Mententeramkan fikiran dan otak
Menghilangkan kelesuan minda
Melambatkan proses penuaan
Memperbaiki insomnia
Menguatkan hati

Faedah-faedah lain:
Menghilangkan sembelit/penghadaman,
Gastrik
Saraf
Tumor
Kecantikan kulit
Jerawat
Rheumatism
Lelah
Nyanyuk


Buah tunjuk langit ini mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia merupakan satu anugerah dan keajaiban dari Allah SWT kepada kita.

“Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya" - QS Faathir:27

sumber dari: midcontrol




Sunday, October 30, 2011

Serangan Jantung dan Minum Air Suam


Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum


Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan.   Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh   enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.    



Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.    

 Petanda Lazim Serangan Jantung    

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.    

Tuesday, September 20, 2011

Resepi Air Buang Panas - Buah Kembang Semangkuk

:::AIR KEMBANG SEMANGKUK:::
credit to - autromen rina [sumber internet]

sangat senang untuk membuat minuman ini. tidak memerlukan kos dan tenaga yang banyak.apa yang diperlukan adalah:

bahan pertama adalah buah kembang semangkuk.harga nda mahal.boleh dapatkan dengan 
harga RM 1 bagi kuantiti yang sedikit. boleh didapati di kedai2 runcit.
 
 bahan kedua yang diperlukan ada gula batu. gula batu juga tidak mahal dan boleh 
didapati dengan harga yang murah di mana2 kedai runcit berhampiran. 

 dan bahan yang ketiga adalah, air panas. ini lagila percuma.

1. Masukkan biji kembang semangkung ke dalam mug/cawan/gelas/teko/
baldi(sangat rakus anda ini).kuantiti bergantung kepada besar mug anda.

2. kemudian masukkan gula batu.kuantiti jugak bergantung kepada size mug anda.
3.kemudian masukkan air panas.dan biarkan menjadi seperti...
ini... dan..
  
TADAAAA!!!!!
 dan kemudian bolehlah di minum. sebenarnya banyak lagi benda lain yang boleh ditambahkan 
kedalam air buang panas ini. tapi bagi aku ini yang paling simple dan save bajet.

ini pulak gambar buah kembang semamngkuk tadi. menakjubkan kan.dari sebiji buah yang kecik boleh 
jadi begini. benda ni sebenarnya boleh di makan.bentuk fizikalnya seperti jelly2.tiada rasa. tapi bagi 
seorang yang penggeli,mebe dia geli untuk melihat dan menyentuhnya.tapi best oooo...wa cakap lu..
kalau masuk dalam tekak...geli2 gitu.

resipi ni tuk jimatkan budget.. cubalah
 
ps: jika anda ada tips untuk di kongsi sila hantar kepada admin untuk dikongsi

Saturday, December 6, 2008

Ulaman dan Khasiat semula jadi

PENGENALAN

Sesungguhnya kita amat bertuah sekali kerana mempunyai pelbagai jenis tumbuhan yang bukan sahaja sedap dimakan tetapi juga memilikki khasiat semulajadi yang baik untuk kesihatan tuduh badan. Ada di antara tumbuhan-tumbuhan itu telahpun menjadi amalan pemakanan kita dalam seharian dan ada juga yang kita tidak ketahui khasiatnya serta jarang sekali dirtemui terutama oleh masyarakat bandar pada masa kini. Jeteru itu, marilah kita bersama-sama menijau dan seterusnya mengetahui khasiat di sebalik tumbuhan tersebut.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
ULAM RAJA

Merupakan tumbuhan liar yang mudah didapati di negara ini, walaupun sebenarnya tumbuhan ini berasal dari Amerika Latin. Ulam raja merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah. Berbasarkan kajian tempatan, ia mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan laksium dan vitamin A. Di dalam rawatan tradisional pula, ulam raja digunakan sebagai agen pencuci darah dan untuk menguatkan tulang.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
BENDI

Bendi juga merupakan sayuran tempatan yang banyak ditanam di negara-negara beriklim panas lembap. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, bendi mengandungi sebanyak 2 peratus protein, 7 peratus karbohidrat dan 1 peratus serat. Selain itu, bendi juga kaya dengan zat galian dan juga vitamin terutamanya kalsium. Bendi juga elok untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan sebagai perangsang membuang air kecil, berkesan untuk merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
JERING

Jering sememangnya tumbuhan asli di negara ini. Daripada kajian yang telah dilakukan didapati jering mengandungi sebanyak 3.5 peratus protein, 0.1 peratus lemak, 1.7 peratus karbohidrat, banyak mengandungi kalsium, fosforus, besi, vitamin A, B dan C. Mungkin ramai orang tidak gemar memakan jering terutamanya generasi muda kerana rasanya yang pahit dan berbau. Tetapi bagi sesetengah orang pula rasanya sungguh enak terutama sekali apabila dimakn bersama sos ataupun kelapa parut bergula. Biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi pesakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
PETAI

Petai juga tumbuhan asli negara ini yang masih lagi tumbuh liar di hutan. Berdasarkan kajian, buah petai berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan niasin. Sebenarnya kandungan nutrisi biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Ini kerana petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat merupakan petai yang tidak elok serta kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit hati, buah pinggan, kencing manis dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
PISANG

Pisang merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara pada mulanya tetapi kini ianya telah dikomersialkan. Sebenarnya seluruh pokok pisang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Menurut kajian tempatan yang dilakukan, jantung pisang mengandungi 1.2 peratus protein, 0.3 peratus lemak,7.1 peratus karbohidrat, mengandungi banyak fosforus dan sedikit zat besi. Namun ada juga yang berpendapat jantung pisang elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limpa.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
TERONG PIPIT

Terong pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya adalah Antilles. Terong pipit biasanya dimakan mentah ataupun dicelur dijadikan ulam. Selain itu, sambal tumis terong pipit dengan ikan bilis merupakan lauk kegemaran masyarakat tempatan di negar ini. Daripada kajian, didapati terong pipit mengandungi 2 peratus protein, 0.1 peratus lemak, 7.01 peratus karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C serta sedikit vitamin B1. Menariknya terong pipit juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang di kenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84 peratus. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya dalam menghasilkan pil perancang keluarga. Selain buahnya yang mengandungi banyak khasiat, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
PEGAGA

Tahukah anda bahawa pegaga telah diiktiraf  oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanank ? Masyarakat Cina menamakannya dengan Cheng Chow Sui manakala orang India pula memanggilnya valearai dan gotu kola. Nama-nama ini telah tercatat dalam manuskrip Ayur vedia di India ledih 4000 tahun lalu dan shennong Herbal di China sejak 2000 tahun lalu. Masyarakat menggunakannya untuk menyembuhkan penyakit kulit seperti kusta, kudis, ulser dan luka-luka. Masyarakat cina pula bergantung kepada pengaga untuk mengubati gangguan emosi seperti tekanan perasaan yang disebabkan oleh masalah fizikal. Ia adalah herba serbaguna untuk mengubati sistem saraf serta meredakan tekanan perasaan. Berdasarkan kajian, sebagai makanan menjana kecerdasan otak, herda ini amat mujarab untuk memperbaikki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran. Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah dan menghasilkan kulit yang sihat. Amalan meminum jus pegaga membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerangsangan kulit serta tekanan darah tinggi. Pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukkan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukkan rambut dan kuku. Selain dimakan, pegaga yang telah dihancurkan boleh ditampal di atas kulit bagi menghilangkan gatal-gatal dan luka.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
PERIA

Peria atau dikenali juga sebagai kambas (Momordica charantia) sayur hijau seakan timun, merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden. Berasal dari selatan China, peria yang dikenali sebagai “ku gua” telah lama digunakan sebagai salah satu herba dalam perubatan tradisional China. Air rebusan peria digunakan oleh pakar perubatan China untuk merawat penyakit asthma dan haid yang terlewat. Selain itu, air rebusan ini juga digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang.

Kini penggunaan peria semakin meluas di Asia Tenggara, Australia dan Amerika Syarikat. Peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS. Biarpun setakat ini, belum ada kajian  secara sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut, terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa tumbuhan pahit tersebut boleh membantu menghentikan dan ada kalanya membaikkan penyakit tersebut daripada merebak. Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Selain itu, peria juga didapati berguna untuk merawat ataupun mampu mengurangkan penyakit-penyakit sampingan yang mempunyai kaitan dengan jangkitan HIV seperti arthritis dan “opportunistic infections” misalnya herpes kemaluan, tuberkolosis dan beberapa jenis penyakit kulit yang menyerang lantaran lemahnya sistem imunisasi tubuh. Protein-protein lain yang diasingkan daripada tumbuhan jenis memanjat ini juga didapati boleh membabtu menggurangkan berlakunya keguguran dan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Manakala para saintis mengesahkan bahawa protein daripada peria ini mempunyai sifat-sifat anti-virus.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
LOBAK/CARROT

Lobak putih dan merah amat mujarab untuk menyembuhksn penyakit buasir. Mereka yang menderita akibat penyakit berkenaan dinasihatkan meminum jus lobak setiap hari. Amalan meminum jus atau memakan lobak segar setiap hari akan melawaskan pembuangan air kecil dan besar. Bagaimanapun untuk mengekalkan khasiat yang ada, adalah dinasihatkan supaya memakannya secara mentah kerana memasaknya akan memusnahkan semua vitamin yang ada di dalamnya. Selain vitamin, lobak juga kaya dengan zat besi, kalsium dan natrium. Malahan daun lobak yang digunakan dalam masakan seperti salad, mempunyai banyak kalsium, fosforus, vitamin C serta protein yang tinggi berbanding isinya. Daun lobak yang dibuat jus, sangat baik untuk memecahkan batu karang dalam pundi hempedu. Pesakit dinasihatkan meminumnya sehingga sembuh. Sementara itu, jus daun lobak yang dijadikan sirap cukup baik untuk mengubati suara serak, batuk, dan sakit dada. Cara membuatnya amat mudah, campurkan satu sudu kecil jus daun lobak bersama madu dan dalam kuantiti yang sama serta sedikit garam kasar. Amalkan meminumnya setiap pagi dan malam selama seminggu.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
KELAPA SAWIT

Buah kelapa sawit mampu menghasilkan minyak kelapa sawit yang kaya dengan dua jenis antioksidan atau vitamin E yang terdiri daripada tokoferol dan tokotrienol telah dibuktikan berkesan untuk memberikan perlindungan daripada kanser hepar (kanser hati).  Berdasarkan kajian, minyak sawit juga mampu melegakan pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, pembentukan katarak dan mengurangkan penuaan. Sifat vitamin E pada minyak kelapa sawit adalah mikro nutrien anti-oksida yang mempunyai sifat perlindungan kanser daripada nutrien. Kandungan vitamin E ini, mampu melindungi sel daripada oksigen reaktif bebas dan seterusnya mengurangkan kesan kerosakan akibat daripada proses pengoksidaan. Bagaimanapun, pengambilan vitamin E ini, bukan bertujuan sebagai penawar kepada mereka yang telah dijangkiti barah hati, tetapi sekurang-kurangnya mampu membantu si pesakit lebih berfungsi. Sebaliknya ia sangat baik diambil oleh sesiapa sahaja kerana kajian mendapati ia baik untuk pencegahan.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
TOMATO

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh seorang penyelidik di Universiti Harvard, lelaki yang memakan sekurang-kurangnya 10 hidangan berasaskan tomato seminggu berkemungkinan besar tidak akan diserang kanser prostat. Ini kerana sebatian lycopene yang terkandung secara semula jadi dalam tomato mempengaruhi kebarangkalian dihidapi kanser. Didapati seorang perokok mempunyai lycopene yang terendah dan mempunyai risiko tiga kali lebih tinggi diserang kanser berbanding mereka yang mempunyai tahap lycopene yang tinggi dalam darah.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
BUAH PALA

Buah pala atau nama saintifiknya Myristica fragrans merupakan spesies yang terpenting dalam famili Myristicaceae. Buah pala yang lebih kecil digunakan sebagai rempah, perasa dan ubat-ubatan. Ianya dipercayai berasal dari kepulauan Maluku (jajahan Indonesia). Dari segi zat pemakanannya, buah pala segar mempunyai 7.4g protein, 36.4g lemak, 38.3g karbohidrat, 24mg kalsium, 12mg fosforus dan 79mg kalium serta beberapa sebatian kimia yang lain. Selain daripada kulitnya, semua bahagian buah pala mempunyai kegunaan yang tersendiri walaupun kelat untuk dimakan, tetapi amat baik untuk dijadikan halwa, kandi dan mujarab sebagai minyak urut untuk memberikan kelegaan.

Ulaman dan Khasiat semula jadi
BELINJAU


Belinjau tergolong dalam famili Gnetaceae dan dianggap primitif dari segi botani kerana ia tergolong dalam kelas Gymnosperma seperti pokok pain. Sebagai tumbuhan primitif, pokok belinjau turut menghasilkan dua jenis jambak bunga yang dikenali sebagai kon jantan dan kon betina. Hampir keseluruhan bahagian tanaman belinjau mempunyai kepentingan. Daun muda, bunga dan kulit biji yang tua boleh dimakan sebagai sayur iaitu dipercayai ianya baik untuk kesihatan kulit dan mata. Manakala berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh ahli sains, nilai pemakanan bagi setiap 100 gm daun dan biji belinjau memberikan 1000 I.U vitamin A serta zat-zat pemakanan yang lain. Maka tidak hairanlah ianya baik untuk kesihatan kulit serta mata. Selain daripada berkhasiat, kulit batang pokok belinjau yang berserabut boleh menghasilkan sejenis benang yang boleh dijadikan tali pancing dan jala. Batangnya pula boleh dibuat alat perkakas dapur seperti pemarut dan tempat pemotong, bahan bangunan dan peti. Ada laporan yang menyatakan bahagian batang juga boleh diproses menjadi kertas yang berkualiti tinggi. Kini biji atau buah belinjau telah diproses menjadi keropok atau emping untuk dikemorsialkan

KESIMPULAN berkenaan topik -> Ulaman dan Khasiat semula jadi

Tanpa kita ketahui atau sememangnya tahu hampir setiap tumbuhan yang kita miliki di bumi ini mempunyai pelbagai khasiat di dalam pemakanan ataupun perubatan serta kegunaannya. Maka marilah kita sama-sama menghargai setiap tumbuhan yang kita milikki serta berganding bahu untuk memelihara dan memuliharanya. Semoga apa yang kita ada akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini. “ PELIHARALAH HUTAN KITA”

Sunday, August 3, 2008

Tips Kesihatan

Ibu dah pun cuba kumpulkan semua gambar-gambar untuk memudahkan anda mengenal pasti barang yang di maksudkan dalam senarai di bawah ni. 

SENARAI MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM


Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".



Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.











Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.















Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.












Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.












Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.



Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.










Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.





Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.











Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.












Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.











Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.











Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.








Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.







Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.







Limau
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.





Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.












Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.









Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.











Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.








Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.








"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".







Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).








Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.





Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.








Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."




Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.








Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.





Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.




Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).



Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.





Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.





Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.


Daging kuda:
Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.