Tuesday, March 13, 2012

Ubat - 'Tunjuk Langit'

Bagaimana rupa ubat Tunjuk Langit ni?

Rupa asal Tunjuk langit setelah di kupas 
 
Sebelah kiri warna coklat masih belum di kupat, 
sebelah kanan tu isinya yang telah di kupas


Cara makan Ubat Tunjuk Langit....
Cara nak makan, ambil satu bijik jer untuk makan setiap 2hari,  kopek/kupas kulit ubat ni macam kuaci, lepas tu bleh je selitkan dekat pisang dan makan, atau pecahkan kecik-kecik kemudian telan dan minum air mcm telan panadol tu..ebab ubat ni pahit giler, takboleh nak kunyah 

 
Pengalaman ibumisali mencuba ubat tunjuk langit....
Menurut ibu: 'ibu dah makan ubat tunjuk langit ni, kurang juga sakit-sakit yang ibu alami, mcm sakit badan sakit, sakit sendi, juga tengkuk,  bila makan ubat ni tak sampai 5minit ibu berpeluh macam dia membakar lemak dalam badan, seolah dia membuang toksin dalam badan kita, ibu boleh lihat kalau buang air kecil warna berubah jadi keruh, dan setelah mkn sejak june tahun 2011, hingga kini.. air kencing mula jernih, berat badang dah mula menurun, dua bulan pertama setelah makan ubat ni berat badan ibu lepas beranak dari 96, turun 16kg jumlah berat badan lepas tu 80kg, bulan seterusnya dari 80 turun 72 dalam masa 2bulan setengah mencuba ubat ni, dan sejauh ni tak ada komlikasi dari tubuh bdn alhamdulillah rasa ringan jer, dan ibu tak ada masalah sakit2 yang prnah ibu rasa sebelum ni..'


Nasihat ibu...
bagi yang nak mencuba, boleh jer cuba sikit-sikit dulu, kalau sesuai bolehlah makan dan kalau tak sesuai hentikan saja.


ps: Ubat ni kalau di kunyah pahit gilerr.. 15 minit pun tak hilang pahit tu, jadi ikut macam ibu ajar di atas cara-cara nak makan ubat ni ok,  bleh juga buang toksik dalam badan. tu, kalau dah cuba kasilah komen sikit dekat box comment tu ok.




Tiga  bahan aktif yang utama



1. FLAVONOIDS                                                                                                                                          seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi  keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.


2. SAPONINS                                                                                                                                                  seperti yang terdapat  ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir  yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .


3. BITTER ALKOLOID                                                                                                                                   rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan  virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih  dan menguatkan imuniti badan.


Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

Mengurangkan tahap gula dalam darah
Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
Memperbaiki kelancaran peredaran darah
Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

Fungsi-Fungsi Utama Saponins
Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
Merangsangkan perembesan insulin dari pankreas
Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
Melancarkan sistem saluran pernafasan
Mempertingkatkan kesuburan dan keupayaan seks
Memperbaiki sistem peredaran darah
Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
Mengelakkan kemabukan dan keracunan
Mententeramkan fikiran dan otak
Menghilangkan kelesuan minda
Melambatkan proses penuaan
Memperbaiki insomnia
Menguatkan hati

Faedah-faedah lain:
Menghilangkan sembelit/penghadaman,
Gastrik
Saraf
Tumor
Kecantikan kulit
Jerawat
Rheumatism
Lelah
Nyanyuk


Buah tunjuk langit ini mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia merupakan satu anugerah dan keajaiban dari Allah SWT kepada kita.

“Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya" - QS Faathir:27

sumber dari: midcontrol